Rabu, 28 Mac 2012

PENTADBIRAN MELAKA


Melaka ditadbir secara sistematik berdasarkan Sistem Pembesar Empat Lipatan. Ini adalah untuk memastikan kelancaran pentadbiran di Melaka. Sultan menjadi ketua kerajaan dan dibantu oleh Pembesar Empat Lipatan yang terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pembesar Empat Lipatan ini pula dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Berenam Belas dan Pembesar Bertiga Puluh Dua.

KEISTIMEWAAN MELAKA

Parameswara telah mengambil keputusan untuk mendirikan sebuah kerajaan yang diberi nama Melaka. Ini kerana Parameswara mendapati Melaka mempunyai banyak keistimewaan. Antaranya ialah;


1. Muara sungai Melaka yang dalam dan kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun amat sesuai untuk dijadikan pelabuhan dan persinggahan kapal.


2. Terdapat bukit yang boleh menjadi petunjuk pelayaran. Bukit itu juga boleh digunakan untuk mengawal kapal yang keluar dan masuk ke Melaka.


3. Terdapat banyak pokok bakau di pantai dan muara sungai yang boleh dijadikan kayu api dan dibuat tiang rumah. Pokok api-api pula dijadikan sebagai benteng pertahanan.